Thursday, January 15, 2009

bila hati tak tenang

gua sibuk. ini baru entri tahun 2009 selepas setengah bulan...

sedikit update sekolah. gua dah habis exam dengan jaya-nya. erkk.. tapi risau tak dapat A je lah. ini semester yg gua rasa malas tahap agung. patutnya dah nak habis lagi rajin. tapi gua tengok kawan2 gua yg lain pon kena sindrom yg sama. kira okey la..

ok, tinggal nak submit thesis yg tak siap2 tu je. dapat penangguhan sampai hujung bulan 3. kena kerja keras ni. ribu-riban dah habis buat bayar yuran. kalau buat duit kawen pon lebih dari cukup. gua kena siapkan jugak!

update kerja pula. masuk minggu kedua gua kat tempat baru ni. senario kerja.. bayangkan tapak pembinaan yg biasa dilihat. sangat luas. tapi tak buat bangunan la. hanya buat kerja2 kimpalan besi untuk pelantar minyak kat laut sana tu. panas..sangat2. cukup seminggu, gua tengok kat cermin dah gelap. kawan2 & famili pon tegur dah gelap. itu baru seminggu..nanti gua update kadar penggelapan kulit gua dr masa ke masa.

rasa cam nak tulis pasal hati & perasaan la. tapi blom ade mood. esok lusa la kot.

cuma gua nak coret kat sini buat peringatan diri sendiri. semalam gua keluar dating sama awek baru kenal dr laman sosial maya yg melambak-lambak sekarang ni. nama sherrina. comel. tapi bebel banyak. gua suke. tapi gua x tau la kalau awek tu pon suke kat gua ke tak. hmm.. go slow or rush in? ni yg gua pening. ada satu lagu tu kata "only fools rush in". ntah la. biar gua tido dan mimpi dulu. kot la ade rezeki jumpa awek tu jugak dalam mimpi. =)

2 comments:

or0 said...

awek laman sosial siot...

all the best bebeh...

Shah-Azz, Inc. said...

perghhh...

ko jugak yg maju kedepan...aku plak setakat camtu je dulu..huuuuu