Sunday, January 18, 2009

chemistry

gua sudah 3 hari kena demam flu. hanya makan ubat & tab vit C dengan tidak teratur. mungkin sebab itu lambat baik. masih dlm keadaan runny-nose dan bersin setiap 30s semasa entri ini di taip.

mungkin sebab itu juga gua rasa agak vulnerable & melankolik..

siangnya gua menghadiri konsert "kembali" Butterfingers di Istana Budaya. konsert paling sopan gua penah hadiri setakat ni. bayangkan je la boleh kata hampir tiada penonton terkinja-kinja sebab pengurusan Istana Budaya melarang keras. ada dress code bagai. to me ok la. tak boleh bagi A. cuma terasa sedikit muda kala mendengar lagu-lagu yg dimainkan. hehe

sehari sebelum itu, gua keluar dating lagi bersama gadis-baru-kenal-dari-laman-sosial-maya. si Sherrina. itu hari dating dia tak pakai tudung. cantik. ini kali dia pakai tudung pulak. lagi cantik. memang A.

gua pon x tau kenapa gua macam berani2 je ajak awek seorang ni keluar dating. gua ni sebenarnya ada sedikit malu bila sessi keluar dengan awek yg bukan kategori kawan2. tambah juga sedikit rasa rendah diri walau sendiri memang dah rendah. hahaha. separuh sebab gua mem"single"kan diri selama ini.

susah mahu explain kupu-kupu yg terbang dlm hati ni bila mengadap & melayan awek ni membebel. kalau dulu2 prof. subjek EMT gua, Dr Zarar kata hati dah berbunga-bunga lah tu.

gua x berani kata gua cinta dia. suka mungkin. terlalu awal kalau gua nak kata tentang cinta. dan sebenarnya gua mmg tak berapa faham apa yg dikatakan cinta. sebab gua x pernah bercinta. dulu2 ada la suka-suka sama a few awek. tapi akhir nya jadi kawan2 je. sebab? gua tak berani nak langkah 'border' yg gua sendiri buat. fine line between being just friends & someone dear to the heart.

cis! jiwang pulak entri ni.

gadis2 yg gua pernah suka semua pon dah selamat mendirikan rumahtangga. tahniah buat mereka. semoga berbahagia selamanya ;)

cuma satu perkara yg gua belajar, being a nice guy is not enough. i guess. ntah la. sama jugak dengan gadis yg baru dikenali tu. gua ajak keluar dinner. setuju. mcm takde 2nd tought. then, gua tanya si dia lepas date pertama. alasan yg diberi, gua ni mcm baik & boleh dipercayai mungkin.

hahaha. dalam hati gua kata. nasib baik setan2 dlm diri gua pergi holiday. ke bali mungkin.

gua cuba set dlm otak & hati gua. dengan iman gua yg tak berapa kuat da ni. gua x mau la setakat kenal awek nak buat main2. atau bahasa mat2 rempit stok geli-geli. kalau 5 tahun dahulu mungkin. dengan kondisi diri gua yg dah menginjak 27 tahun. gua rasa gua x patut ade fikiran bukan2 mcm tu dah. gua mau serius. lebih gentlemen. lebih jantan.

sudah la. gua mau cari ubat demam flu dan ubat hati gua yg x tenang ni. asyik teringat kat si dia je..

tidur dulu. assalamualaikum.

1 comment:

Shah-Azz, Inc. said...

wah, ade progress menarik...biar aku selongkar sket dalam laman-sosial-maya berkenaan...kot2 aku pon boleh terkenan...hahahah :p