Wednesday, December 31, 2008

ada feeling sedikit emosi

lagi berapa jam nak tahun 2009?

hujung tahun. orang biasa-biasa akan bebel pasal azam tahun sebelumnya. apa yg dicapai, apa yg tak tercapai. tahun gua dah serik jadi orang biasa-biasa. gua x nak cerita pasal azam. sebab kalau azam gua boleh berkata-kata, memang gua kena maki hamun se-tinggi gunung.

untuk tahun 2009. gua mau set KPI peribadi. so, nanti hujung tahun depan gua boleh buat appraisal diri sendiri. tak pon gua minta la sapa-sapa 3rd party auditor buat appraisal.

apa? lu kata azam = KPI sama? gua kata lain. tak setuju?

ok. gua list kan apa KPI yg perlu dicapai di penghujung tahun 2009 :-

1. mesti beli rumah
2. mesti turunkan berat badan ke 60kg
3. mesti kempiskan perut. tak nak boroi dah mcm sekarang
4. mesti pegang scroll master atas pentas konvo UKM
5. mesti dapat safety passport / "green book"
6. mesti pergi backpack tour ke europe
7. mungkin akan ada saving sekurang-kurangnya RM10,000.00
8. mungkin akan ada sebijik naked superbike
9. mungkin akan ada (seorang?) teman wanita
10. mungkin akan sambung belajar. PHD
11. mungkin tak guna proton savvy dah
12. mungkin pergi interview untuk kerja kat oversea (middle east)

cukup la kot. banyak tu. takut tak tercapai pulak KPI gua tu nanti. kalau lu orang perasan gua guna ayat "mesti" dan "mungkin". nak tau beza? gi tanya cikgu-cikgu yg ajar pelajaran bahasa melayu. gua x pandai nak cerita balik. takut lu orang salah paham.

malam tahun baru 2009 gua tak boleh berparti liar macam selalu. sacrifice. gua ade final exam 3 haribulan. tgk bunga api dr jauh je la kot. takpe, nanti gua double celebrate tahun 2010. haha

selamat datang tahun baru 2009 & selamat tinggal 2008.

1 comment:

iza norshahril ibrahim said...

byk tu...tak tercapai kpi tu nanti...(kpi? apa tuh?)