Saturday, December 27, 2008

belum terfikir tajuk yang sesuai

masa di muka jam digital: 2 pagi

gua kembali mem-blog

tiada alasan khusus kenapa gua lama menyepi atau ayat yg mcm best hiatus

gua sebenarnya jiwa kacau time-time begini. sebab-sebab yang mungkin:
1. buntu duduk di dalam kantor yg gua dah meluat sambil duduk tidak membuat kerja
2. gua nak kena masuk dewan peperiksaan pada 3/10/11 Januari 2009
3. kena lapor diri di tempat kerja baru 5 januari 2009
4. mesti menyelesaikan penulisan akademik a.k.a disertasi master gua (banyak lagi x siap!! panik..)
5. gua tiada sumber ilham..

tengahari tadi gua melayan nasi kandar-ganja glenmarie bersama-sama rakan serumah lama gua semasa muda-mudi dulu. seronok! sejenak gua terasa muda kembali. teringat zaman kenakalan gua di parit raja. terkenang masa gua tidak se-boroi sekarang. masa tu masih boleh nampak 6 pax lagi. dahulu masih boleh saing-saing cucuk angin kalau lumba lari 100m / 200m dengan Asafa Powell. dahulu hidup gua sangat free. sekarang? haih..

selepas lunch tadi gua bersama crime partner zaman muda pergi ke masjid UiTM shah alam. hah?? sumpah gua tak tahu dalam tu ada masjid walaupun gua bermastautin kat bandar anggerik ni dah lebih 20 tahun.

"kerak teking!"..member gua bebel lepas solat jumaat sejurus memasuki mobil perodua hitam. sekali lagi gua dejavu zaman pt raja. kami bertiga pon menuju ke kedai minum berhampiran sebuah kolej swasta di sec. 13 shah alam.

semasa perjalan tersebut ntah macam mana topik teman wanita terpacul dari mulut-mulut gua dan member gua. punca, sebab tengok awek student UiTM tepi jalan tergedik-gedik dengan jantan yang gua+member boleh label tak terurus.kenapa la tak tergedik-gedik ngan abang-abang engineer macam gua+member. hahaha. lupekan!

sambil enak minum-minum, seorang lagi rakan lama muncul. dahulu adalah kaki citer blue especially milf genre. sekarang sudah menjadi pendidik. hahaha. dan masih ada sisa-sisa kegatalan masa muda beliau sebab bila nampak awek comel duduk sorang-sorang kat sebelah jadi tak tentu arah. terus kena ugut dengan gua.. repot kat bakal bini karang baru tau! barulah beliau boleh duduk diam-diam sambil menghirup nescafe ais dan makan roti arab.

kan best kalau gua boleh rilek-rilek macam dulu..sekarang nak pikir kerjaya+hutang kereta+etc. nasib lah kursus master gua nak habis dah. kurang satu beban. tapi buat masa sekarang, itu lah juga yang paling membebankan.

takpe, sikit je lagi nak finish line (ayat standard gua pujuk hati sendiri). nak harap org lain pujuk? jangan harap. haha

esok ada class terakhir. pejam celik dah habis 3 semester gua kat UKM. macam tak percaya pon ada. penat weih belajar sambil kerja ni. sumpah gua tak nak buat dah (kursus ni!)

lepas grad nanti boleh la gua gelar diri sendiri master of puppet ;)

3 comments:

Unknown said...

oih..

kerak teking eh, tak ajak gua..

ammar said...

or0 - kau jauh sangat la. kalau kat shah alam mmg aku ajak la. haha

Shah-Azz, Inc. said...

haaa ajak la gua...shah alam diibarat sbg bandar kedua aku buat mase nih..hua2...